Apabila kamu mendengar laungan azan, maka sahutlah ia (pergilah menuju ke masjid) dalam keadaan tenang

TEKS BAHASA ARAB

إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا فلا تضيق على أخيك، واقرأ بما تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mendengar laungan azan, maka sahutlah ia (pergilah menuju ke masjid) dalam keadaan tenang. Sekiranya kamu mendapati ada ruang kosong, (maka duduklah di situ) dan sekiranya tidak, janganlah kamu menyempitkan ruang saudara kamu. Bacalah dengan apa yang didengari oleh kedua telinga kamu, dan janganlah kamu menyakiti orang sebelah kamu. Kemudian, dirikanlah solat kamu seakan solat seseorang yang akan pergi jauh meninggalkan (meninggal dunia).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260, hadis nombor 1351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا فلا تضيق على أخيك، واقرأ بما تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع)). [ابن الأعرابي، ابن دوست العلاف في ((الأمالي))، الضياء، ((الضعيفة)) (2569)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu mendengar laungan azan, maka sahutlah ia (pergilah menuju ke masjid) dalam keadaan tenang. Sekiranya kamu mendapati ada ruang kosong, (maka duduklah di situ) dan sekiranya tidak, janganlah kamu menyempitkan ruang saudara kamu. Bacalah dengan apa yang didengari oleh kedua telinga kamu, dan janganlah kamu menyakiti orang sebelah kamu. Kemudian, dirikanlah solat kamu seakan solat seseorang yang akan pergi jauh meninggalkan (meninggal dunia).
[Riwayat Ibn al-A’rabi, Ibn Dawst al-’Ulaf dalam al-Amali dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2569]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs