Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سمعتَ النِّداءَ فأجِبْ، وعليكَ السَّكينَةُ، فإن أصَبتَ فُرجَةً وإلَّا فَلا تُضيِّقْ علَى أخيكَ، واقرَأْ بما تَسمَعُ أذُنَيكَ، ولا تُؤذِ جارَكَ، وصلِّ صَلاةَ مُودِّعٍ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu mendengar laungan azan, maka sahutlah ia (pergilah menuju ke masjid) dalam keadaan tenang. Sekiranya kamu mendapati ada ruang kosong, (maka duduklah di situ) dan sekiranya tidak, janganlah kamu menyempitkan ruang saudara kamu. Bacalah dengan apa yang didengari oleh kedua telinga kamu, dan janganlah kamu menyakiti orang sebelah kamu. Kemudian, dirikanlah solat kamu seakan solat seseorang yang akan pergi jauh meninggalkan (meninggal dunia).
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260, hadis no. 1351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا سمعت النداء فأجب، وعليك السكينة، فإن أصبت فرجة وإلا فلا تضيق على أخيك، واقرأ بما تسمع أذنيك، ولا تؤذ جارك، وصل صلاة مودع)). [ابن الأعرابي، ابن دوست العلاف في ((الأمالي))، الضياء، ((الضعيفة)) (2569)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu mendengar laungan azan, maka sahutlah ia (pergilah menuju ke masjid) dalam keadaan tenang. Sekiranya kamu mendapati ada ruang kosong, (maka duduklah di situ) dan sekiranya tidak, janganlah kamu menyempitkan ruang saudara kamu. Bacalah dengan apa yang didengari oleh kedua telinga kamu, dan janganlah kamu menyakiti orang sebelah kamu. Kemudian, dirikanlah solat kamu seakan solat seseorang yang akan pergi jauh meninggalkan (meninggal dunia). [Riwayat Ibn al-A’rabi, Ibn Dawst al-’Ulaf dalam al-Amali dan al-Diya’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2569]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman