Apabila kamu mendapati perkara itu (waswas), maka angkatlah jari telunjuk kananmu, lalu cucuklah ia di paha kirimu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

فإذا وجدت ذلك؛ فارفع إصبعك السبابة اليمنى، فاطعنه في فخذك اليسرى، وقل: (بسم الله)؛ فإنها سكين الشيطان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mendapati perkara itu (waswas), maka angkatlah jari telunjuk kananmu, lalu cucuklah ia di paha kirimu, dan sebutkan: “Dengan nama Allah.” Kerana itu adalah pisau (untuk) syaitan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 338, hadis nombor 1770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أُسَامَةَ – رضي الله عنه – أَنَّ رَجُلا أَتَى النَّبِيَّ ﷺ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنِّي أَشْكُو إِلَيْكَ وَسْوَسَةً أَجِدُهَا فِي صَدْرِي؛ إِنِّي أَدْخُلُ فِي صَلاتِي، فَمَا أَدْرِي عَلَى شَفْعٍ أنْفَتِلُ أَمْ عَلَى وِتْرٍ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: ((فَإِذَا وَجَدْتَ ذَلِكَ؛ فَارْفَعْ إِصْبَعَكَ السَّبَّابَةَ الْيُمْنَى، فَاطْعَنْهُ فِي فَخِذِكَ الْيُسْرَى، وَقُلْ: (بِسْمِ اللَّهِ)؛ فَإِنَّهَا سِكِّينُ الشَّيْطَانِ)). [طب، عق، الدولابي، ((الضعيفة)) (6432)].

(Munkar) Daripada Usamah RA, bahawa seorang lelaki telah datang berjumpa Nabi ﷺ lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mengadu kepadamu tentang perasaan waswas yang aku alami dalam dadaku. Apabila aku memasuki solatku, aku tidak tahu aku habis pada rakaat genap atau ganjil?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kamu mendapati perkara itu (waswas), maka angkatlah jari telunjuk kananmu, lalu cucuklah ia di paha kirimu, dan sebutkan: “Dengan nama Allah.” Kerana itu adalah pisau (untuk) syaitan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-'Uqayli dalam al-Du'afa' dan al-Dawlabi dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6432].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.