Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
فَإِذَا وَجَدْتَ ذَلِكَ؛ فَارْفَعْ إِصْبَعَكَ السَّبَّابَةَ الْيُمْنَى، فَاطْعَنْهُ فِي فَخِذِكَ الْيُسْرَى، وَقُلْ: (بِسْمِ اللَّهِ)؛ فَإِنَّهَا سِكِّينُ الشَّيْطَانِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu mendapati perkara itu (waswas), maka angkatlah jari telunjuk kananmu, lalu cucuklah ia di paha kirimu, dan sebutkan: “Dengan nama Allah.” Kerana itu adalah pisau (untuk) syaitan.
Sahabat Perawi
- Usamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 338, hadis no. 1770. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أُسَامَةَ - رضي الله عنه - أَنَّ رَجُلا أَتَى النَّبِيَّ ﷺ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنِّي أَشْكُو إِلَيْكَ وَسْوَسَةً أَجِدُهَا فِي صَدْرِي؛ إِنِّي أَدْخُلُ فِي صَلاتِي، فَمَا أَدْرِي عَلَى شَفْعٍ أنْفَتِلُ أَمْ عَلَى وِتْرٍ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: ((فَإِذَا وَجَدْتَ ذَلِكَ؛ فَارْفَعْ إِصْبَعَكَ السَّبَّابَةَ الْيُمْنَى، فَاطْعَنْهُ فِي فَخِذِكَ الْيُسْرَى، وَقُلْ: (بِسْمِ اللَّهِ)؛ فَإِنَّهَا سِكِّينُ الشَّيْطَانِ)). [طب، عق، الدولابي، ((الضعيفة)) (6432)].
(Munkar) Daripada Usamah RA, bahawa seorang lelaki telah datang berjumpa Nabi ﷺ lalu berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mengadu kepadamu tentang perasaan waswas yang aku alami dalam dadaku. Apabila aku memasuki solatku, aku tidak tahu aku habis pada rakaat genap atau ganjil?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kamu mendapati perkara itu (waswas), maka angkatlah jari telunjuk kananmu, lalu cucuklah ia di paha kirimu, dan sebutkan: “Dengan nama Allah.” Kerana itu adalah pisau (untuk) syaitan.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat, al-'Uqayli dalam al-Du'afa' dan al-Dawlabi dalam al-Kuna. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6432].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman