Apabila kamu mencari kebaikan, carilah kebaikan itu pada wajah-wajah yang elok

TEKS BAHASA ARAB

إذا ابتغيتم المعروف فابتغوه في حسان الوجوه فوالله لا يلج النار إلا بخيل ولا يلج الجنة شحيح إن السخاء شجرة في الجنة تسمى السخاء وإن الشح شجرة في النار تسمى الشح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mencari kebaikan, carilahkebaikan itu pada wajah-wajah yang elok. Demi Allah, tidak akan masuk neraka melainkan orang yang bakhil dan orang yang kedekut tidak akan masuk syurga. Sesungguhnya sifat pemurah ialah sepohon pokok di dalam syurga yang dinamakan al-Sakhā’ dan kedekut ialah sepohon pokok di dalam neraka yang dinamakan al-Shuḥ.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis nombor 696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن جراد رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: إذا ابتغيتم المعروف فابتغوه في حسان الوجوه فوالله لا يلج النار إلا بخيل ولا يلج الجنة شحيح إن السخاء شجرة في الجنة تسمى السخاء وإن الشح شجرة في النار تسمى الشح. [هب، الضعيفة (6971)].

(Palsu) Daripada ‘Abdullah ibn Jarrād RA secara marfū‘: Apabila kamu mencari kebaikan, carilah kebaikan itu pada wajah-wajah yang elok. Demi Allah, tidak akan masuk neraka melainkan orang yang bakhil dan orang yang kedekut tidak akan masuk syurga. Sesungguhnya sifat pemurah ialah sepohon pokok di dalam syurga yang dinamakan al-Sakhā’ dan kedekut ialah sepohon pokok di dalam neraka yang dinamakan al-Shuḥ. [Diriwayatkan oleh al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6971)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs