Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا ابتغيتمُ المعروفَ فابتغوهُ في حِسَانِ الوجوهِ فواللهِ لا يَلِجُ النارَ إلا بخيلٌ ولا يَلِجُ الجنةَ شحيحٌ ، إنَّ السَّخاءَ شجرةٌ في الجنةِ تُسمَّى السَّخاءَ ، وإنَّ الشُّحَّ شجرةٌ في النارِ تُسمَّى الشحَّ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu mencari kebaikan, carilahkebaikan itu pada wajah-wajah yang elok. Demi Allah, tidak akan masuk neraka melainkan orang yang bakhil dan orang yang kedekut tidak akan masuk syurga. Sesungguhnya sifat pemurah ialah sepohon pokok di dalam syurga yang dinamakan al-Sakhā’ dan kedekut ialah sepohon pokok di dalam neraka yang dinamakan al-Shuḥ.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Jarrad RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis no. 696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن جراد رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ: إذا ابتغيتم المعروف فابتغوه في حسان الوجوه فوالله لا يلج النار إلا بخيل ولا يلج الجنة شحيح إن السخاء شجرة في الجنة تسمى السخاء وإن الشح شجرة في النار تسمى الشح. [هب، الضعيفة (6971)].
(Palsu) Daripada ‘Abdullah ibn Jarrād RA secara marfū‘: Apabila kamu mencari kebaikan, carilahkebaikan itu pada wajah-wajah yang elok. Demi Allah, tidak akan menyentuh neraka melainkan orang yang bakhil dan orang yang kedekut tidak akan menyentuh syurga. Sesungguhnya sifat pemurah ialah sepohon pokok di dalam syurga yang dinamakan al-Sakhā’ dan kedekut ialah sepohon pokok di dalam neraka yang dinamakan al-Shuḥ. [Riwayat al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6971)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman