Apabila kamu mempunyai suatu hajat, maka mintalah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla

TEKS BAHASA ARAB

مسح رسول الله صلى الله عليه وسلم رأسي بيده، ودعا لي، وقال: إذا كانت لك حاجة فسأل الله؛ فقد جف القلم بما هو كائن، لو جهد الخلق أن ينفعوك بغير ما كتب الله لك لم يقدروا، ولو جهدوا أن يضروك لم يقدروا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mempunyai suatu hajat, maka mintalah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya telah kering mata pena terhadap apa yang telah berlaku. Sekiranya makhluk bersungguh untuk memberi manfaat kepada kamu selain daripada apa yang Allah SWT telah tetapkan pada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu. Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak akan mampu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis nombor 549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: مسح رسول الله -صلى الله عليه وسلم- رأسي بيده ودعا لي وقال: إذا كانتْ لكَ حَاجة؛ فاسألِ اللهَ -عز وجل-؛ فقد جَف القَلَمُ بما هو كائن، لو جهدَ الخَلْقُ أن ينفعوك بغيرِ ما كَتَبَ اللَّهُ لك لم يَقْدِرُوا، ولو جهدُوا أن يضرُّوكَ لم يقدِرُوا.
[تخ -معلقاً-، عق، ((الضعيفة)) (5740)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau telah berkata: “Rasulullah SAW telah menyapu kepalaku dengan tangan Baginda SAW, lalu berdoa untukku dan bersabda: Apabila kamu mempunyai suatu hajat, maka mintalah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya telah kering mata pena terhadap apa yang telah berlaku. Sekiranya makhluk bersungguh untuk memberi manfaat kepada kamu selain daripada apa yang Allah SWT telah tetapkan pada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu. Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak akan mampu.
[Riwayat al-Bukhārī secara mu‘allaq dalam al-Tārīkh al-Kabīr dan al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5740]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs