Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مسَحَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم رأسي بيدِه، ودعا لي، وقال: إذا كانت لكَ حاجةٌ فسألِ اللهَ؛ فقد جَفَّ القلمُ بما هو كائِنٌ، لو جَهِدَ الخَلْقُ أنْ ينفعوكَ بغير ما كتَبَ اللهُ لكَ لم يَقْدِروا، ولو جَهِدوا أنْ يَضُرُّوك لم يَقْدِروا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu mempunyai suatu hajat, maka mintalah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya telah kering mata pena terhadap apa yang telah berlaku. Sekiranya makhluk bersungguh untuk memberi manfaat kepada kamu selain daripada apa yang Allah SWT telah tetapkan pada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu. Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak akan mampu.
Sahabat Perawi
- Ibn ‘Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 106, hadis no. 549. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: مسح رسول الله -صلى الله عليه وسلم- رأسي بيده ودعا لي وقال: إذا كانتْ لكَ حَاجة؛ فاسألِ اللهَ -عز وجل-؛ فقد جَف القَلَمُ بما هو كائن، لو جهدَ الخَلْقُ أن ينفعوك بغيرِ ما كَتَبَ اللَّهُ لك لم يَقْدِرُوا، ولو جهدُوا أن يضرُّوكَ لم يقدِرُوا. [تخ -معلقاً-، عق، ((الضعيفة)) (5740)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau telah berkata: “Rasulullah SAW telah menyapu kepalaku dengan tangan Baginda SAW, lalu berdoa untukku dan bersabda: Apabila kamu mempunyai suatu hajat, maka mintalah kepada Allah ‘Azza Wa Jalla. Sesungguhnya telah kering mata pena terhadap apa yang telah berlaku. Sekiranya makhluk bersungguh untuk memberi manfaat kepada kamu selain daripada apa yang Allah SWT telah tetapkan pada kamu, nescaya mereka tidak akan mampu. Dan sekiranya mereka bersungguh-sungguh untuk memudaratkan kamu, nescaya mereka tidak akan mampu. [Riwayat al-Bukhārī secara mu‘allaq dalam al-Tārīkh al-Kabīr dan al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5740]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman