TEKS BAHASA ARAB
إذا كانت لك حاجة؛ فاسأل الله – عز وجل -؛ فقد جف القلم بما هو كائن، لو جهد الخلق أن ينفعوك بغير ما كتب الله لك لم يقدروا، ولو جهدوا أن يضروك لم يقدروا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu mempunyai satu hajat, maka mohonlah kepada Allah Azzawajalla. Kerana sungguh, pena telah pun kering dengan apa yang berlaku. Jika makhluk itu berusaha untuk memberikan kamu manfaat dengan apa yang tidak Allah tuliskan buatmu, nescaya mereka tidak akan mampu. Manakala jika mereka berusaha untuk memberikan kamu mudarat, nescaya mereka tidak akan mampu.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 516, hadis nombor 2744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منکر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: مسح رسول الله ﷺ رأسي بيده ودعا لي وقال: «إذا كانت لك حاجة؛ فاسأل الله – عز وجل -؛ فقد جف القلم بما هو كائن، لو جهد الخلق أن ينفعوك بغير ما كتب الله لك لم يقدروا، ولو جهدوا أن يضروك لم يقدروا». [تخ – معلقاً -، عق، ((الضعيفة)) (5740)].
(Munkar) Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ menyapu kepalaku dengan tangannya dan mendoakanku, serta berpesan: "Apabila kamu mempunyai satu hajat, maka mohonlah kepada Allah Azzawajalla. Kerana sungguh, pena telah pun kering dengan apa yang berlaku. Jika makhluk itu berusaha untuk memberikan kamu manfaat dengan apa yang tidak Allah tuliskan buatmu, nescaya mereka tidak akan mampu. Manakala jika mereka berusaha untuk memberikan kamu mudarat, nescaya mereka tidak akan mampu". [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh (secara ta'liq), al-'Uqaily dalam al-Du'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5740].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.