Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kamu mempunyai satu hajat, maka mohonlah kepada Allah Azzawajalla

Teks Bahasa Arab

إذا كانت لكَ حاجةٌ؛ فاسألِ اللهَ - عزَّ وجلَّ -؛ فقد جَفَّ القلمُ بما هو كائِنٌ، لو جَهِدَ الخَلْقُ أنْ يَنفَعُوكَ بغيرِ ما كتَبَ اللهُ لكَ لم يَقْدِروا، ولو جَهِدُوا أنْ يَضُرُّوك لم يَقْدِروا.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kamu mempunyai satu hajat, maka mohonlah kepada Allah Azzawajalla. Kerana sungguh, pena telah pun kering dengan apa yang berlaku. Jika makhluk itu berusaha untuk memberikan kamu manfaat dengan apa yang tidak Allah tuliskan buatmu, nescaya mereka tidak akan mampu. Manakala jika mereka berusaha untuk memberikan kamu mudarat, nescaya mereka tidak akan mampu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 516, hadis no. 2744.

(منکر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: مسح رسول الله ﷺ رأسي بيده ودعا لي وقال: «إذا كانت لك حاجة؛ فاسأل الله - عز وجل -؛ فقد جف القلم بما هو كائن، لو جهد الخلق أن ينفعوك بغير ما كتب الله لك لم يقدروا، ولو جهدوا أن يضروك لم يقدروا». [تخ - معلقاً -، عق، ((الضعيفة)) (5740)].

(Munkar) Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ menyapu kepalaku dengan tangannya dan mendoakanku, serta berpesan: "Apabila kamu mempunyai satu hajat, maka mohonlah kepada Allah Azzawajalla. Kerana sungguh, pena telah pun kering dengan apa yang berlaku. Jika makhluk itu berusaha untuk memberikan kamu manfaat dengan apa yang tidak Allah tuliskan buatmu, nescaya mereka tidak akan mampu. Manakala jika mereka berusaha untuk memberikan kamu mudarat, nescaya mereka tidak akan mampu". [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh (secara ta'liq), al-'Uqaily dalam al-Du'afa' al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5740].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.