TEKS BAHASA ARAB
إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu melintasi taman-taman syurga, maka petiklah. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu taman-taman syurga? Baginda menjawab: Masjid-masjid. Aku pun bertanya: Apakah pula maksud petik, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ucapan; Maha suci Allah (Subhanallah), Segala puji bagi Allah (alhamdulillah), Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Allah Maha Besar.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis nombor 7167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر.
[ت، ((الضعيفة)) (1150)]
(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu melintasi taman-taman syurga, maka petiklah. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu taman-taman syurga? Baginda menjawab: Masjid-masjid. Aku pun bertanya: Apakah pula maksud petik, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ucapan; Maha suci Allah (Subhanallah), Segala puji bagi Allah (alhamdulillah), Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Allah Maha Besar.
[Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1150]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.