Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kamu melintasi taman-taman syurga, maka petiklah

Teks Bahasa Arab

إذا مَرَرْتُم برياضِ الجنةِ فارتعوا، قلتُ : يا رسولَ اللهِ وما رياضُ الجنةِ ؟ قال : المساجدُ، قلتُ : وما الرَّتْعُ يا رسولَ اللهِ ؟ قال : سبحان اللهِ، والحمدُ للهِ، ولا إله إلا اللهُ، واللهُ أكبرُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kamu melintasi taman-taman syurga, maka petiklah. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu taman-taman syurga? Baginda menjawab: Masjid-masjid. Aku pun bertanya: Apakah pula maksud petik, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ucapan; Maha suci Allah (Subhanallah), Segala puji bagi Allah (alhamdulillah), Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Allah Maha Besar.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1413, hadis no. 7167. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا مررتم برياض الجنة فارتعوا، قلت: يا رسول الله وما رياض الجنة؟ قال: المساجد، قلت: وما الرتع يا رسول الله؟ قال: سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله أكبر. [ت، ((الضعيفة)) (1150)]

(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu melintasi taman-taman syurga, maka petiklah. Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah itu taman-taman syurga? Baginda menjawab: Masjid-masjid. Aku pun bertanya: Apakah pula maksud petik, wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ucapan; Maha suci Allah (Subhanallah), Segala puji bagi Allah (alhamdulillah), Tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1150]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.