TEKS BAHASA ARAB
إذا رأيت أمتي تهاب الظالم أن تقول له: إنك ظالم، فقد تودع منهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu melihat umatku takut untuk mengatakan kepada orang yang zalim: ‘Sesungguhnya engkau zalim.’. Maka akan diucapkan selamat tinggal kepada mereka (dibinasakan).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1976, hadis nombor 9881. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو -رضي الله عنهما- مرفوعا: «إذا رأيت أمتي تهاب الظالم أن تقول له: إنك ظالم، فقد تودع منهم».
[ك، حم، أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، عد، «الضعيفة» (1264)].
(Lemah)
Daripada Abdullah bin ‘Amr RAnhuma secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Apabila kamu melihat umatku takut untuk mengatakan kepada orang yang zalim: ‘Sesungguhnya engkau zalim.’. Maka akan diucapkan selamat tinggal kepada mereka (dibinasakan).”
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ahmad bin Hanbal, Abu Bakr al-Shafi‘iy dalam al-Fawaid dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1264].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.