Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذا رَأيْتُمُ الرَّجُلَ أصْفَرَ الوَجْهِ مِنْ غَيْرِ مَرَضٍ وَلَا عِلَّةٍ فذلِكَ مِنْ غِشَ لِلإِسْلامِ في قلبه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu melihat seseorang kuning wajahnya, bukan kerana sakit atau penyakit, maka demikian itu kerana penipuan terhadap Islam (yang disembunyikan) dalam hatinya.
Sahabat Perawi
- Anas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 13, hadis no. 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Telah disebutkan melalui hadith Ibn 'Abbas dengan lafaz: "Berwaspadalah..", kedua-duanya batil.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman