Apabila kamu melihat saudara kamu mati dibunuh atau disalib maka solatlah ke atasnya

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيت أخاك قتيلاً أو مصلوباً فصل عليه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu melihat saudara kamu mati dibunuh atau disalib maka solatkanlah jenazahnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1732, hadis nombor 8717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ((إذا رأيت أخاك قتيلاً أو مصلوباً فصل عليه.)) [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين، ))، ((الضعيفة)) (3331)].

(Palsu)
Daripada Ibnu Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila kamu melihat saudara kamu mati dibunuh atau disalib maka solatkanlah jenazahnya.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan dan Abu al-Shaykh dalam Tabaqat al-Ashbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3331].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs