Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رأيتُ أخاكَ قتيلًا أوْ مصلوبًا فصلِّ عليهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu melihat saudara kamu mati dibunuh atau disalib maka solatkanlah jenazahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1732, hadis no. 8717. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم- ((إذا رأيت أخاك قتيلاً أو مصلوباً فصل عليه.)) [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، أبو الشيخ في ((طبقات الأصبهانيين، ))، ((الضعيفة)) (3331)].
(Palsu) Daripada Ibnu Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila kamu melihat saudara kamu mati dibunuh atau disalib maka solatkanlah jenazahnya.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam Akhbar Ashbahan dan Abu al-Shaykh dalam Tabaqat al-Ashbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 3331].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman