Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا شَهِدَتْ أمةٌ من الأممِ، وهم أربعون فصاعِدًا أجاز اللهُ شهادتَهم . أو قال : صِدْقَ شهادتِهِم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila bersaksi satu umat daripada kalangan kebanyakan umat dan bilangan mereka 40 orang dan ke atas, maka Allah menerima penyaksian mereka atau Baginda berkata: membenarkan penyaksian mereka.
Sahabat Perawi
- Usamah al-Huzali
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1729, hadis no. 8699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أسامة الهذلي، عن نبي الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إذا شهدت أمة من الأمم، وهم أربعون فصاعدا أجاز الله شهادتهم. أو قال: صدق شهادتهم.)) [حم، البزار، ((الضعيفة)) (2664)].
(Munkar) Daripada Usamah al-Huzali, daripada Nabi Allah -SAW- baginda bersabda: ((Apabila bersaksi satu umat daripada kalangan kebanyakan umat dan bilangan mereka 40 orang dan ke atas, maka Allah menerima penyaksian mereka atau Baginda berkata: membenarkan penyaksian mereka.)) [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya dan al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2664].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman