Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kamu melihat pada saudara kamu tiga ciri ini, maka harapkanlah kebaikan (buat dirinya)

Teks Bahasa Arab

إذا رأيتَ من أخيكَ ثلاثَ خصالٍ؛ فارجُهُ: الحياءُ والأمانةُ والصِّدقُ، وإذا لم ترَها منهُ ؛ فلا تَرجُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kamu melihat pada saudara kamu tiga ciri ini, maka harapkanlah kebaikan (buat dirinya). (Iaitu) sifat malu, amanah, serta jujur. Dan apabila kamu tidak melihat ciri-ciri ini darinya, maka tidak perlulah berharap kepadanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 217, hadis no. 1156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا رأيت من أخيك ثلاث خصال؛ فارجه: الحياء، والأمانة، والصدق. وإذا لم ترها منه؛ فلا ترجه)). [عد، ((الضعيفة)) (5398)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA beliau berkata, Rasulullah bersabda: Apabila kamu melihat pada saudara kamu tiga ciri ini, maka harapkanlah kebaikan (buat dirinya). (Iaitu) sifat malu, amanah, serta jujur. Dan apabila kamu tidak melihat ciri-ciri ini darinya, maka tidak perlulah berharap kepadanya. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 5398]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.