TEKS BAHASA ARAB
إذا رأيتم معاوية على منبري فاقتلوه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila kamu melihat Mu’awiyah di atas mimbarku, maka bunuhlah dia.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1343, hadis nombor 6860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع)
إذا رأيتم معاوية على منبري فاقتلوه. روي من حديث أبي سعيد الخدري، وعبد الله بن مسعود، وسهل بن حنيف رضي الله عنهم، والحسن البصري مرسلا.
[عد، ابن عساكر، عق، خط، ((الضعيفة)) (4930)]
(Palsu)
Apabila kamu melihat Mu’awiyah di atas mimbarku, maka bunuhlah dia. Diriwayatkan melalui hadith Abi Sa’id al-Khudri, ‘Abdillah bin Mas’ud, Sahl bin Hanif RA dan al-Hasan al-Basri secara mursal.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', Ibn 'Asakir, al-'Uqayli dalam al-Du'afa' al-Kabir dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4930]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.