Apabila kamu melihat cahaya mentari merah di ufuk timur dalam bulan Ramadan

TEKS BAHASA ARAB

إذا رأيتم عمودا أحمر قبل المشرق في رمضان فادخروا طعام سنتكم فإنها سنة جوع.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu melihat cahaya mentari merah di ufuk timur dalam bulan Ramadan, maka hendaklah kamu menyimpan makanan pada tahun tersebut, kerana tahun tersebut adalah tahun kelaparan.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1161, hadis nombor 5873. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)عن عبادة بن الصامت قال: قال صلى الله عليه وسلم: إِذَا رَأَيْتُمْ عَمُودًا أَحْمَرَ قِبَلَ الْمَشْرِقِ فِي رَمَضَانَ فَادَّخِرُوا طَعَامَ سَنَتِكُمْ؛ فَإِنَّهَا سَنَةُ جُوعُ. [طس،الضعيفة (6988)]

(Munkar) Daripada ‘Ubadah bin Thamit RA, telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu melihat cahaya mentari merah di ufuk timur dalam bulan Ramadan, maka hendaklah kamu menyimpan makanan pada tahun tersebut, kerana tahun tersebut adalah tahun kelaparan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6988]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.