Apabila kamu melakukan sesuatu dengan tenang

TEKS BAHASA ARAB

إذا تأنيت (وفي رواية: بينت) أصبت أو كدت تصيب وإذا استعجلت، أخطأت، أو كدت تخطيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu melakukan sesuatu dengan tenang, (dan dalam satu riwayat: Kamu teliti) maka kamu akan mendapat kebenaran, atau hampir-hampir kamu mendapati kebenaran. Dan apabila kamu gopoh-gapah, kamu akan tersilap, atau hampir-hampir kamu tersilap.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 193, hadis nombor 998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – قال: قال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((إذا تأنيت (وفي رواية: بينت) أصبت أو كدت تصيب وإذا استعجلت، أخطأت، أو كدت تخطيء)).
[هق، ((الضعيفة)) (‌‌2419)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu melakukan sesuatu dengan tenang, (dan dalam satu riwayat: Kamu teliti) maka kamu akan mendapat kebenaran, atau hampir-hampir kamu mendapati kebenaran. Dan apabila kamu gopoh-gapah, kamu akan tersilap, atau hampir-hampir kamu tersilap.
[Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2419]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs