Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تأنَّيتَ ( وفي رواية: بَيَّنتَ ) أصَبتَ أو كدتَ تُصيبُ وإذا استَعجَلتَ، أخطأتَ، أو كِدتَ تُخطيء.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu melakukan sesuatu dengan tenang, (dan dalam satu riwayat: Kamu teliti) maka kamu akan mendapat kebenaran, atau hampir-hampir kamu mendapati kebenaran. Dan apabila kamu gopoh-gapah, kamu akan tersilap, atau hampir-hampir kamu tersilap.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 193, hadis no. 998. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - قال: قال النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا تأنيت (وفي رواية: بينت) أصبت أو كدت تصيب وإذا استعجلت، أخطأت، أو كدت تخطيء)). [هق، ((الضعيفة)) (2419)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu melakukan sesuatu dengan tenang, (dan dalam satu riwayat: Kamu teliti) maka kamu akan mendapat kebenaran, atau hampir-hampir kamu mendapati kebenaran. Dan apabila kamu gopoh-gapah, kamu akan tersilap, atau hampir-hampir kamu tersilap. [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 2419]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman