Apabila kamu melakukan sepuluh kejahatan, maka lakukanlah satu kebaikan yang akan menghapuskan kejahatan tersebut

TEKS BAHASA ARAB

إذا عملت عشر سيئات فاعمل حسنة تحدرهن بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu melakukan sepuluh kejahatan, maka lakukanlah satu kebaikan yang akan menghapuskan kejahatan tersebut.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141, hadis nombor 706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن الأسود: إن معاذا لما بعثه رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى اليمن، قال: أوصني بكلمة أعيش بها، قال: ((لا تشرك بالله شيئاً))، قال: زدني، قال: ((حسن الخلق))، قال: زدني، قال: ((إذا عملت عشر سيئات، فاعمل حسنة تحدرهن بها)). فقال رجل من الأنصار: أومن الحسنات أن أقول: لا إله إلا الله؟. قال: ((نعم، أحسن الحسنات؛ إنها تكتب عشر حسنات وتمحو عشر سيئات)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7144)]

(Lemah)
Daripada ‘Amr bin al-Aswad, beliau berkata: Sesungguhnya ketika Mu’az diutuskan oleh Rasulullah SAW ke Yaman, beliau berkata kepada baginda: Wasiatkanlah aku dengan satu pesanan untuk aku hidup berpegang dengannya. Baginda bersabda: “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatupun”. Beliau berkata: Tambahlah lagi kepadaku. Baginda berkata: “Akhlak yang baik”. Beliau berkata: Tambahlah lagi. Baginda berkata: “Apabila kamu melakukan sepuluh kejahatan, maka lakukanlah satu kebaikan yang akan menghapuskan kejahatan tersebut”. Kemudian seorang lelaki dari kalangan Ansar berkata: Adakah termasuk dalam kebaikan jika aku mengucapkan lailahaillallah?. Baginda berkata: “Benar, ia merupakan sebaik-baik kebaikan; sesungguhnya dengan ucapan itu mencatatkan buat kamu sepuluh kebaikan dan menghapus sepuluh kejahatan”.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7144]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs