Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا عملتَ عشرَ سيئاتٍ فاعملْ حسنةً تُحدِرُهنَّ بها.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu melakukan sepuluh kejahatan, maka lakukanlah satu kebaikan yang akan menghapuskan kejahatan tersebut.
Sahabat Perawi
- ‘Amr bin al-Aswad
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 141, hadis no. 706. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمرو بن الأسود: إن معاذا لما بعثه رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى اليمن، قال: أوصني بكلمة أعيش بها، قال: ((لا تشرك بالله شيئاً))، قال: زدني، قال: ((حسن الخلق))، قال: زدني، قال: ((إذا عملت عشر سيئات، فاعمل حسنة تحدرهن بها)). فقال رجل من الأنصار: أومن الحسنات أن أقول: لا إله إلا الله؟. قال: ((نعم، أحسن الحسنات؛ إنها تكتب عشر حسنات وتمحو عشر سيئات)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7144)]
(Daif) Daripada ‘Amr bin al-Aswad, beliau berkata: Sesungguhnya ketika Mu’az diutuskan oleh Rasulullah SAW ke Yaman, beliau berkata kepada baginda: Wasiatkanlah aku dengan satu pesanan untuk aku hidup berpegang dengannya. Baginda bersabda: “Janganlah kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatupun”. Beliau berkata: Tambahlah lagi kepadaku. Baginda berkata: “Akhlak yang baik”. Beliau berkata: Tambahlah lagi. Baginda berkata: “Apabila kamu melakukan sepuluh kejahatan, maka lakukanlah satu kebaikan yang akan menghapuskan kejahatan tersebut”. Kemudian seorang lelaki dari kalangan Ansar berkata: Adakah termasuk dalam kebaikan jika aku mengucapkan lailahaillallah?. Baginda berkata: “Benar, ia merupakan sebaik-baik kebaikan; sesungguhnya dengan ucapan itu mencatatkan buat kamu sepuluh kebaikan dan menghapus sepuluh kejahatan”. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7144]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman