Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kamu masuk menziarahi orang sakit maka yakinkanlah dia berkenaan ajalnya

Teks Bahasa Arab

إِذَا دَخَلْتُمْ عَلَى الْمَرِيضِ فَنَفَسُوا لَهُ فِي أَجَلِهِ فَإِنَّ ذَلِكَ لَا يَرُدُّ شَيْئًا وَيُطَيِّبُ نَفْسَهُ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kamu masuk menziarahi orang sakit maka yakinkanlah dia berkenaan ajalnya (semangat untuk hidup), kerana sesungguhnya itu tidak dapat menolak sesuatu tetapi ia membuatkan jiwanya menjadi baik.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1717, hadis no. 8628. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي سعيد الخدري مرفوعا: "إذا دخلتم على المريض فنفسوا له في أجله فإن ذلك لا يرد شيئا ويطيب نفسه". [ت، هـ، عد، ((الضعيفة)) (184)].

(Sangat Lemah) Daripada Abu Said al-Khudri RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Apabila kamu masuk menziarahi orang sakit maka yakinkanlah dia berkenaan ajalnya (semangat untuk hidup), kerana sesungguhnya itu tidak dapat menolak sesuatu tetapi ia membuatkan jiwanya menjadi baik.” [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, dan Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil. Rujuk al-Silsilah al-Da'ifah, no. 184]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.