Apabila kamu mahukan sesuatu, maka hendaklah kamu bersifat tenang

TEKS BAHASA ARAB

إذا أردت أمرا فعليك بالتؤدة حتى يريك الله منه المخرج، أو حتى يجعل الله لك مخرجا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu mahukan sesuatu, maka hendaklah kamu bersifat tenang sehingga Allah SWT menunjukkan daripadanya arah keluar, ataupun sehingga Allah SWT memberikan kamu jalan keluar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 31, hadis nombor 107. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن رجل من بلي، قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم مع أبي، فناجى أبي دوني، قال: فقلت لأبي: ما قال لك؟ قال: ((إذا أردت أمرا فعليك بالتؤدة حتى يريك الله منه المخرج، أو حتى يجعل الله لك مخرجا)).
[خد، الخرائطي في ((مكارم الأخلاق))، هب، ((الضعيفة)) (2307)]

(Lemah) Daripada seorang lelaki daripada kalangan Ballī telah berkata: Aku bersama bapaku pergi bertemu Rasulullah SAW. Lalu bapaku berbisik tanpaku. Lalu aku berkata kepada bapaku: “Apa yang Baginda SAW telah sabdakan kepada kamu? Baginda SAW telah bersabda: ‘’Apabila kamu mahukan sesuatu, maka hendaklah kamu bersifat tenang sehingga Allah SWT menunjukkan daripadanya arah keluar, ataupun sehingga Allah SWT memberikan kamu jalan keluar”.
[Riwayat oleh al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, al-Kharā’iṭī dalam Makārim al-Akhlaq, al-Bayhaqī dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2307]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.