Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أردتَ أن تَذْكُرَ عيوبَ صاحبِكَ فاذكرْ عيوبَ نفسِك.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu mahu menyebut keaiban sahabat kamu, hendaklah kamu mengingati keaiban diri kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 139, hadis no. 699. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: قال ﷺ: إذا أردت أن تذكر عيوب صاحبك، فاذكر عيوب نفسك. [الرافعي، الضعيفة (6975)]
(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfū‘: Apabila kamu mahu menyebut keaiban sahabat kamu, hendaklah kamu mengingati keaiban diri kamu. [Riwayat al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6975)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman