Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kamu keluar daripada rumah-rumah kamu pada waktu malam

Teks Bahasa Arab

إِذا خَرَجْتُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ باللَّيْلِ فأغْلِقُوا أبْوابَها.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kamu keluar daripada rumah-rumah kamu pada waktu malam, maka hendaklah kamu menutup pintu-pintunya.

Sahabat Perawi

  1. Wahshi RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 12, hadis no. 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Munawi menulis pada hadith ini: "Sanadnya sahih, bukan sekadar hasan", berbeza dengan penulis (al-Suyuti), lalu saya menulis balas kepada beliau (al-Munawi): "Bahkan ia palsu, berbeza dengan anda berdua (al-Munawi dan al-Suyuti)". Namun, ingatan masih belum datang kepada saya hingga sekarang siapakah perawi dha'if dalam sanadnya, tetapi hadith tersebut munkar.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.