Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Apabila kamu inginkan sesuatu perkara

Teks Bahasa Arab

إذا هممتَ بأمرٍ؛ فعليك بالتؤدةِ حتى يأتيكَ اللهُ بالمخرجِ من أمرِك.

Teks Bahasa Melayu

Apabila kamu inginkan sesuatu perkara, maka hendaklah kamu bertenang sehingga Allah memberi kepada kamu petunjuk atau jalan keluar daripada perkara itu.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2037, hadis no. 10256. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رجل من بلي، قال دخلت مع أبي على النبي ﷺ فانتجاه دوني، فقلت: يا أبت! أي شيء قال لك رسول الله ﷺ؟ قال: إذا هممت بأمر، فعليك بالتؤدة حتى يأتيك الله بالمخرج من أمرك. [ش، ((الضعيفة)) (5016)]

(Lemah) Daripada seorang pemuda dari Bali, katanya, aku telah masuk bersama-sama ayahku berjumpa Nabi SAW, kemudian Nabi berbisik kepadanya tanpa aku, dan aku berkata: Wahai ayahku! Apakah perkara yang telah diperkatakan kepadamu oleh Rasulullah SAW? Maka beliau menjawab: Apabila kamu inginkan sesuatu perkara, maka hendaklah kamu bertenang sehingga Allah memberi kepada kamu petunjuk atau jalan keluar daripada perkara itu. [Riwayat Ibn Abu Syaibah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5016]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.