Apabila kamu ingin berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah tamar kerana padanya ada keberkatan

TEKS BAHASA ARAB

إذا أفطر أحدكم فليفطرعلى تمر فإنه بركة فإن لم يجد تمرا فليفطر على الماء فإنه طهور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu ingin berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah tamar kerana padanya ada keberkatan, dan jika tidak ada tamar, maka berbukalah dengan air, kerana sesungguhnya air itu suci.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1158, hadis nombor 5857. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمان بن عامر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أفطر أحدكم فليفطرعلى تمر فإنه بركة فإن لم يجد تمرا فليفطر على الماء فإنه طهور. [ن في الكبرى، د، ت، ه، الضعيفة (6383)]

(Lemah) Daripada Salman bin Amir RA, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila kamu ingin berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah tamar kerana padanya ada keberkatan, dan jika tidak ada tamar, maka berbukalah dengan air, kerana sesungguhnya air itu suci. [Riwayat Sunan al-Nasa’ī dalam al-Kubra, Sunan Abī Dāwud, Sunan al-Tirmiẓī dan Sunan Ibn Mājah. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6383]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs