Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اتَّقي اللَّهَ يا فاطمةُ! وأدِّي فريضةَ ربِّكِ، واعمَلي عملَ أَهْلِكِ، فإذا أخَذتِ مَضجعَكِ فسبِّحي ثلاثًا وثلاثينَ، واحمدي ثلاثًا وثلاثينَ، وَكَبِّري أربعًا وثلاثينَ، فتلكَ مائةٌ، فَهيَ خيرٌ لَكِ من خادمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Bertaqwalah kepada Allah, wahai Fatimah! Tunaikanlah kefarduan Tuhanmu, lakukanlah tugasan keluargamu. Apabila kamu hendak merebahkan diri ke tempat tidurmu, maka bertasbihlah sebanyak 33 kali, bertahmidlah sebanyak 33 kali, dan bertakbirlah sebanyak 34 kali, kesemuanya 100 kali. Ia lebih baik untukmu berbanding khadam.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1422, hadis no. 7222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن أغيد، قال: قال لي علي رضي الله عنه: ألا أحدثك عني وعن فاطمة بنت رسول الله ﷺ، وكانت من أحب أهله إليه؟ قلت: بلى، قال: إنها جرت بالرحى حتى أثرت في يدها، وحملت بالقربة حتى أثرت في نحرها، وكنست البيت حتى اغبرت ثيابها، فأتى النبي ﷺ خدم، فقلت: لوأتيت أباك فسألتيه خادما، فأتته، فوجدت عنده حداثا، فرجعت، فأتى من الغد، فقال: ما كان حاجتك؟ فسكتت، فقلت: أنا أحدثك يا رسول الله! جرت بالرحى حتى أثرت في يدها، وحملت القربة حتى أثرت في نحرها، فلما أن جاءك الخدم أمرتها أن تأتيك فتستخدمك خادما، يقيها حر ما هي فيه، قال: اتقي الله يا فاطمة! وأدي فريضة ربك، واعملي عمل أهلك، فإذا أخذت مضجعك، فسبحي ثلاثا وثلاثين واحمدي ثلاثا وثلاثين وكبري أربعا وثلاثين، فتلك مائة، فهي خير لك من خادم. [د، ((الضعيفة)) (1787)]
(Lemah) Daripada Ibn Aghyad, katanya: 'Ali RA telah berkata kepadaku: Tidak mahukah aku ceritakan tentangku dan tentang Fatimah binti Rasulullah SAW, beliau merupakan ahli keluarga Baginda yang paling Baginda cintai? Aku pun menjawab: Ya, 'Ali berkata: Fatimah telah menarik alat kisar tepung hingga berbekas pada tangannya, dia juga memikul gereba (botol air yang diperbuat daripada kulit) hingga berbekas pada lehernya, dia menyapu rumah hingga berdebu pakaiannya. Khadam (pembantu) telah datang kepada Nabi SAW, aku pun berkata (kepada Fatimah): Kalaulah engkau datang menemui ayahmu lalu engkau minta kepadanya seorang khadam. Fatimah pun datang menemui Baginda, Fatimah mendapati ada beberapa orang sedang berbincang-bincang di sisi Baginda. Fatimah pun pulang, lalu dia datang kembali keesokannya. Baginda pun bertanya: Apakah hajat kamu? Fatimah terdiam, 'Ali pun berkata: Biarkan saya yang memberitahu anda, wahai Rasulullah! Fatimah telah menarik alat kisar tepung hingga berbekas pada tangannya, dia juga telah memikul gereba hingga berbekas pada lehernya. Apabila datang beberapa khadam kepadamu, aku menyuruhnya supaya menemuimu untuk meminta seorang khadam kepadamu yang boleh melindungi daripada panas yang dia hadapi. Baginda pun bersabda: Bertaqwalah kepada Allah, wahai Fatimah! Tunaikanlah kefarduan Tuhanmu, lakukanlah tugasan keluargamu. Apabila kamu hendak merebahkan diri ke tempat tidurmu, maka bertasbihlah sebanyak 33 kali, bertahmidlah sebanyak 33 kali, dan bertakbirlah sebanyak 34 kali, kesemuanya 100 kali. Ia lebih baik untukmu berbanding khadam. [Riwayat Abu Dawud dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1787]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman