Apabila kamu duduk maka bukalah seliparmu -aku menyangka Baginda berkata:- supaya kaki-kaki kamu berehat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا جلستم فاخلعوا نعالكم – أحسبه قال:- تسترح أقدامكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu duduk maka bukalah seliparmu -aku menyangka Baginda berkata:- supaya kaki-kaki kamu berehat.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1728, hadis nombor 8694. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا جلستم فاخلعوا نعالكم – أحسبه قال:- تسترح أقدامكم.)) [البزار، ((الضعيفة)) (2541)].

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Apabila kamu duduk maka bukalah seliparmu -aku menyangka Baginda berkata:- supaya kaki-kaki kamu berehat.)).
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 2541].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.