Apabila kamu diberitahu tentang suatu hadis daripadaku yang menepati kebenaran

TEKS BAHASA ARAB

إذا حدثتم عني حديثا يوافق الحق فخذوا به، حدثت به أو لم أحدث به.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu diberitahu tentang suatu hadis daripadaku yang menepati kebenaran, maka ambillah ia sama ada aku memberitahunya atau aku tidak memberitahunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238, hadis nombor 6310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا حدثتم عني حديثا يوافق الحق فخذوا به، حدثت به أو لم أحدث به.
[عق، الهروي في ((ذم الكلام))، ابن حزم في ((الإحكام))، ((الضعيفة)) (1083)]

(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Apabila diberitahu kepada kamu suatu hadis daripadaku yang menepati kebenaran, maka ambillah ia sama ada aku memberitahunya atau aku tidak memberitahunya.
[Riwayat al-'Uqaili, al-Harawi dalam Zam al-Kalam, Ibn Hazm dalam al-Ihkam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1083]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.