Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا حُدِّثتُم عني حديثًا يوافقُ الحقَّ فخذوا به، حَدَّثتُ به أو لم أُحَدِّثْ به.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu diberitahu tentang suatu hadis daripadaku yang menepati kebenaran, maka ambillah ia sama ada aku memberitahunya atau aku tidak memberitahunya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1238, hadis no. 6310. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا حدثتم عني حديثا يوافق الحق فخذوا به، حدثت به أو لم أحدث به. [عق، الهروي في ((ذم الكلام))، ابن حزم في ((الإحكام))، ((الضعيفة)) (1083)]
(Palsu) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Apabila diberitahu kepada kamu suatu hadis daripadaku yang menepati kebenaran, maka ambillah ia sama ada aku memberitahunya atau aku tidak memberitahunya. [Riwayat al-'Uqaili, al-Harawi dalam Zam al-Kalam, Ibn Hazm dalam al-Ihkam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1083]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman