Apabila kamu diberitahu tentang suatu hadis daripadaku yang kamu ketahui dan kamu tidak ingkari

TEKS BAHASA ARAB

إذا حدثتم عني بحديث تعرفونه ولا تنكرونه، قلته أو لم أقله فصدقوا به، فإني أقول ما يعرف ولا ينكر، وإذا حدثتم بحديث تنكرونه ولا تعرفونه، فكذبوا به، فإني لا أقول ما ينكر، ولا يعرف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu diberitahu tentang suatu hadis daripadaku yang kamu ketahui dan kamu tidak ingkari, sama ada aku mengatakannya atau tidak, maka percayailah. Ini kerana, sesungguhnya aku mengatakan sesuatu yang diketahui dan tidak diingkari. Dan, apabila kamu diberitahu suatu hadis daripadaku yang kamu ingkari dan kamu tidak ketahui, maka jangan kamu mempercayainya, kerana sesungguhnya aku tidak mengatakan sesuatu yang diingkari dan tidak diketahui.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237 – 1238, hadis nombor 6309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا حدثتم عني بحديث تعرفونه ولا تنكرونه، قلته أو لم أقله فصدقوا به، فإني أقول ما يعرف ولا ينكر، وإذا حدثتم بحديث تنكرونه ولا تعرفونه، فكذبوا به، فإني لا أقول ما ينكر، ولا يعرف.
[المخلص في ((الفوائد))، خط، الهروي في ((ذم الكلام)) وكذا أحمد في ((المنتخب)) لابن قدامة، ((الضعيفة)) (1085)]

(Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Apabila kamu diberitahu tentang suatu hadis daripadaku yang kamu ketahui dan kamu tidak ingkari, sama ada aku mengatakannya atau tidak, maka percayailah. Ini kerana, sesungguhnya aku mengatakan sesuatu yang diketahui dan tidak diingkari. Dan, apabila kamu diberitahu suatu hadis daripadaku yang kamu ingkari dan kamu tidak ketahui, maka jangan kamu mempercayainya, kerana sesungguhnya aku tidak mengatakan sesuatu yang diingkari dan tidak diketahui.
[Riwayat al-Mukhallas dalam al-Fawaid, al-Daraqutni, al-Khatib al-Baghdadi, al-Harawi dalam Zam al-Kalam, demikian juga Ahmad dalam al-Muntakhab oleh Ibn Qudamah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1085]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs