Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا حُدِّثتم عني بحديثٍ تَعرفونه ولا تُنكِرونه، قلتُه أو لم أقلْه فَصَدِّقوا به، فإني أقولُ ما يُعرَفُ ولا يُنكَرُ، وإذا حُدِّثتم بحديثٍ تُنكِرونه ولا تَعرفونه، فَكَذِّبوا به، فإني لا أقولُ ما يُنكَرُ، ولا يُعرَفُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu diberitahu tentang suatu hadis daripadaku yang kamu ketahui dan kamu tidak ingkari, sama ada aku mengatakannya atau tidak, maka percayailah. Ini kerana, sesungguhnya aku mengatakan sesuatu yang diketahui dan tidak diingkari. Dan, apabila kamu diberitahu suatu hadis daripadaku yang kamu ingkari dan kamu tidak ketahui, maka jangan kamu mempercayainya, kerana sesungguhnya aku tidak mengatakan sesuatu yang diingkari dan tidak diketahui.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1237 - 1238, hadis no. 6309. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: إذا حدثتم عني بحديث تعرفونه ولا تنكرونه، قلته أو لم أقله فصدقوا به، فإني أقول ما يعرف ولا ينكر، وإذا حدثتم بحديث تنكرونه ولا تعرفونه، فكذبوا به، فإني لا أقول ما ينكر، ولا يعرف. [المخلص في ((الفوائد))، خط، الهروي في ((ذم الكلام)) وكذا أحمد في ((المنتخب)) لابن قدامة، ((الضعيفة)) (1085)]
(Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Apabila kamu diberitahu tentang suatu hadis daripadaku yang kamu ketahui dan kamu tidak ingkari, sama ada aku mengatakannya atau tidak, maka percayailah. Ini kerana, sesungguhnya aku mengatakan sesuatu yang diketahui dan tidak diingkari. Dan, apabila kamu diberitahu suatu hadis daripadaku yang kamu ingkari dan kamu tidak ketahui, maka jangan kamu mempercayainya, kerana sesungguhnya aku tidak mengatakan sesuatu yang diingkari dan tidak diketahui. [Riwayat al-Mukhallas dalam al-Fawaid, al-Daraqutni, al-Khatib al-Baghdadi, al-Harawi dalam Zam al-Kalam, demikian juga Ahmad dalam al-Muntakhab oleh Ibn Qudamah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1085]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman