Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أتاني جبريلُ، فقال: إذا تَوَضَّأْتَ فخَلِّلْ لِحْيَتَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: Apabila kamu berwuduk maka selalah janggutmu.
Sahabat Perawi
- Yazid bin Aban
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1195, hadis no. 6065. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat lemah) Daripada Yazid bin Aban daripada Nabi SAW bersabda: Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: Apabila kamu berwuduk maka selalah janggutmu. [Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam al-Musannaf. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1755]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman