Apabila kamu berwuduk, maka renjislah

TEKS BAHASA ARAB

جاءني جبريل فقال: يا محمد! إذا توضأت فانتضح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: Wahai Muhammad! Apabila kamu berwuduk, maka renjislah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1193 – 1194, hadis nombor 6055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن جبريل عليه السلام علم النبي صلى الله عليه وسلم الوضوء فقال: جاءني جبريل فقال: يا محمد! إذا توضأت فانتضح.
[ت، هـ، عق، ((الضعيفة)) (1312)]

(Munkar)
Daripada Abi Hurairah RA bahawa Jibril AS telah mengajarkan kepada Nabi SAW cara berwuduk, Baginda bersabda: Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: Wahai Muhammad! Apabila kamu berwuduk, maka renjislah.
[Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-'Uqaili. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1312]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs