Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جاءني جبريلُ فقال: يا مُحَمَّدُ! إذا توضأتَ فانْتَضِحْ.
Teks Bahasa Melayu
Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: Wahai Muhammad! Apabila kamu berwuduk, maka renjislah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1193 - 1194, hadis no. 6055. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة رضي الله عنه، أن جبريل عليه السلام علم النبي صلى الله عليه وسلم الوضوء فقال: جاءني جبريل فقال: يا محمد! إذا توضأت فانتضح. [ت، هـ، عق، ((الضعيفة)) (1312)]
(Munkar) Daripada Abi Hurairah RA bahawa Jibril AS telah mengajarkan kepada Nabi SAW cara berwuduk, Baginda bersabda: Jibril telah datang kepadaku lalu berkata: Wahai Muhammad! Apabila kamu berwuduk, maka renjislah. [Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-'Uqaili. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1312]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman