Apabila kamu berwuduk, lalu ia mengalir daripada tandukmu (kemaluan) hingga kakimu

TEKS BAHASA ARAB

إذا توضأت، فسال من قرنك إلى قدمك، فلا وضوء عليك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu berwuduk, lalu ia mengalir daripada tandukmu (kemaluan) hingga kakimu, maka wuduk tidak wajib kepadamu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1200, hadis nombor 6090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: أتى رجل إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: إن بي الباصور؛ إذا توضأت سال مني، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا توضأت، فسال من قرنك إلى قدمك، فلا وضوء عليك.
[أبو عبيد في الطهور، عق، عد، طب، الضعيفة (2500)]

(Munkar)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Seorang lelaki telah datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata: Sesungguhnya saya terkena buasir, apabila aku berwuduk, ia mengalir daripada (dubur)ku. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu berwuduk, lalu ia mengalir daripada tandukmu (kemaluan) hingga kakimu, maka wuduk tidak wajib kepadamu.
[Riwayat Abu 'Ubaid dalam al-Tuhur, al-'Uqaili, Ibn 'Adiy dan al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2500]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.