Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا لَقِيَ أَحَدُكُمْ أَخاهُ فِي النهَارِ مرَاراً، فَلْيُسلِّمْ عَلَيْهِ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu bertemu saudara kamu pada siang hari berulang kali, maka berilah salam kepadanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis no. 1225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا لقي أحدكم أخاه في النهار مرارا، فليسلم عليه)). [طس، حل، ((الضعيفة))(6315)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu bertemu saudara kamu pada siang hari berulang kali, maka berilah salam kepadanya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6315]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman