Apabila kamu bertemu dengan seorang haji, hendaklah kamu memberi salam kepadanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا لقيت الحاج، فسلم عليه وصافحه، ومره أن يستغفر لك قبل أن يدخل بيته، فإنه مغفور له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu bertemu dengan seorang haji, hendaklah kamu memberi salam kepadanya serta berjabat tanganlah kamu dengannya, serta suruhlah dia memohon keampunan untuk kamu sebelum dia masuk ke dalam rumahnya. Sesungguhnya dia telah diampunkan baginya (dosa-dosanya).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 32, hadis nombor 115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا لقيت الحاج، فسلم عليه وصافحه، ومره أن يستغفر لك قبل أن يدخل بيته، فإنه مغفور له)).
[حم، ابن حبان في ((المجروحين))، أبو الشيخ في ((التاريخ))، ((الضعيفة)) (2411)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila kamu bertemu dengan seorang haji, hendaklah kamu memberi salam kepadanya serta berjabat tanganlah kamu dengannya, serta suruhlah dia memohon keampunan untuk kamu sebelum dia masuk ke dalam rumahnya. Sesungguhnya dia telah diampunkan baginya (dosa-dosanya).”
[Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, Ibn Ḥibbān dalam al-Majrūḥīn, Abū al-Shaykh dalam al-Tārikh. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2411]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs