Apabila kamu bertasyahud dalam solat, maka ucapkanlah: Wahai Allah, limpahkan selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

إذا تشهد أحدكم فى الصلاة فليقل: اللهم صل على محمد وعلى آل محمد، وبارك على محمد وعلى آل محمد وارحم محمدا وآل محمد كما صليت وباركت وترحمت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu bertasyahud dalam solat, maka ucapkanlah: Wahai Allah, limpahkan selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau limpahkan selawat, berkat dan rahmat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1101, hadis nombor 5578. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر بزيادة الترحم) عن ابن مسعود رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فِى الصَّلاَةِ؛ فَلْيَقُلْ: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَارْحَمْ مُحَمَّدًا وَآلَ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ وَبَارَكْتَ وَتَرَحَّمْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ؛ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. [ك، هق، الضعيفة (6981)].

(Munkar dengan tambahan ‘rahmat’) Daripada Ibn Mas‘ud RA, beliau berkata, bahawa Baginda SAW bersabda: Apabila kamu bertasyahud dalam solat, maka ucapkanlah: Wahai Allah, limpahkan selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, rahmatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau limpahkan selawat, berkat dan rahmat ke atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, riwayat al-Baihaqi dalam al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6981]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs