Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سافرتم فلْيَؤُمَّكم أقرؤُكم، وإن كان أصغرَكم، وإذا أَمَّكم فهو أميرُكم.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kamu bermusafir maka hendaklah orang yang paling membaca al-Qur’an menjadi sebagai imam walaupun dia paling muda dalam kalangan kalian. Dan apabila dia mengimami kalian, maka dialah ketua kalian.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 985, hadis no. 5077. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا سافرتم فليؤمكم أقرؤكم، وإن كان أصغركم، وإذا أمكم فهو أميركم)). [البزار، ((الضعيفة)) (2623)]
(Dhaif) Daripada Abu Hurairah RA berkata, “Rasulullah SAW bersabda:, ((Apabila kamu bermusafir maka hendaklah orang yang paling membaca al-Qur’an menjadi sebagai imam walaupun dia paling muda dalam kalangan kalian. Dan apabila dia mengimami kalian, maka dialah ketua kalian.)) [Musnad al-Bazzar. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2623]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman