Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَتُحِبُّ يَا جُبَيْرُ! إِذَا خَرَجْتَ سَفَرًا أَنْ تَكُونَ مِنْ أَمْثَلِ أَصْحَابِكَ هَيْئَةً، وَأَكْثَرِهِمْ زَادًا؟ اقْرَأْ هَذِهِ السُّوَرَ الْخَمْسَ: {قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ}، وَ{إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ}، وَ{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ}، وَ: {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ}، وَ: {قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ}، وَافْتَحْ كُلَّ سُورَةٍ بِـ {بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}، وَاخْتِمْ بِـ {بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ}.
Teks Bahasa Melayu
Adakah kamu suka wahai Jubair! Apabila kamu bermusafir kamulah yang terbaik dalam kalangan sahabatku dari segi keterampilan dan harta benda? Maka bacalah lima surah ini: surah al-Kafirun, surah al-Nasr, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas. Mulakanlah setiap surah dengan (Bismillahi al-rahmani al-rahim) dan akhirilah dengan (Bismillahi al-rahmani al-rahim). Jubair berkata: Dahulu aku mempunyai harta yang banyak dan apabila aku keluar bersama sesiapa yang Allah kehendaki aku bersamanya, aku masih yang paling biasa serta paling sikit kekayaan. Sejak Rasulullah SAW mengajarku surah-surah ini dan aku membacanya, aku menjadi yang terbaik di kalangan mereka dari segi keterampilan dan juga harta sehinggalah aku pulang dari permusafiranku itu.
Sahabat Perawi
- Jubair bin Mut'im RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1570, hadis no. 7948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حبير بن مطعم رضي الله عنه، قال: قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: أتحب يا جبير! إذا خرجت أن تكون من أمثل أصحابك هيئة، وأكثرهم زادا؟ اقرأ هذه السور الخمس: {قل يا أيها الكافرون}، و{إذا جاء نصر الله والفتح}، و{قل هو الله أحد}، و: {قل أعوذ برب الفلق}، و: {قل أعوذ برب الناس}، وافتح كل سورة بـ {بسم الله الرحمن الرحيم}، واختم بـ {بسم الله الرحمن الرحيم}. [ع، ((الضعيفة)) (6963)].
(Munkar) Daripada Jubair bin Mut’im RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Adakah kamu suka wahai Jubair! Apabila kamu bermusafir kamulah yang terbaik dalam kalangan sahabatku dari segi keterampilan dan harta benda? Maka bacalah lima surah ini: surah al-Kafirun, surah al-Nasr, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah al-Nas. Mulakanlah setiap surah dengan (Bismillahi al-rahmani al-rahim) dan akhirilah dengan (Bismillahi al-rahmani al-rahim). Jubair berkata: Dahulu aku mempunyai harta yang banyak dan apabila aku keluar bersama sesiapa yang Allah kehendaki aku bersamanya, aku masih yang paling biasa serta paling sikit kekayaan. Sejak Rasulullah SAW mengajarku surah-surah ini dan aku membacanya, aku menjadi yang terbaik di kalangan mereka dari segi keterampilan dan juga harta sehinggalah aku pulang dari permusafiranku itu. [Riwayat Musnad Abi Ya’la, lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6963].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman