Apabila kamu berkata: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, maka kamu telah bersyukur kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

إذا قلت: الحمد لله رب العالمين فقد شكرت الله فزادك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kamu berkata: Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, maka kamu telah bersyukur kepada Allah. Lalu nanti Allah akan tambahkan nikmat untuk kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 220, hadis nombor 172. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف جدا.
أخرجه ابن جرير في تفسير (1/38) قال: حدثني سعيد بن عمرو السكوني، حدثنا بقية بن الوليد حدثني عيسى بن إبراهيم عن موسى بن أبي حبيب عن الحكم بن عمير وكانت له صحبه مرفوعا به.
قلت: وهذا سند ضعيف جدا وله علل:
الأولى: عنعنة بقية بن الوليد.
الثانية: عيسى بن إبراهيم: هو ابن طهمان تركه النسائي وأبو حاتم. وقال البخاري: منكر الحديث.
الثالثة: ضعف موسى بن أبي حبيب فقد ضعفه أبو حاتم.
الرابعة: قال الذهبي (4/202) : وله يعني لموسى هذا عن الحكم بن عمير، رجل قيل له صحبة والذي أرى أنه لم يلقه وموسى مع ضعفه متأخر عن لقي صحابي كبير وإنما أعرف له رواية عن علي بن الحسين. أهـ‍. وهذا الحديث أورده ابن كثير في تفسيره (1/ 38) وسكت عنه.

Dha’if Jiddan (terlalu lemah). Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh Ibn Jarir dalam Tafsir beliau (1/38). Beliau berkata: Sa’id bin ‘Amr al-Sukuti telah menceritakan kepadaku, katanya Baqiyyah bin al-Walid telah menceritakan kepada kami, katanya ‘Isa bin Ibrahim telah menceritakan kepadaku daripada Musa bin Abi Habib daripada al-Hakam bin ‘Umair – beliau pernah bersahabat dengan Baginda SAW – secara marfu’ hadith tersebut.
Saya berkata: Sanad ini dha’if jiddan, terdapat beberapa kecacatan pada sanadnya:
Pertama: Riwayat secara ‘an’anah oleh Baqiyyah bin al-Walid.
Kedua: ‘Isa bin Ibrahim Ibn Tohman, al-Nasa’ei dan Abu Hatim telah meninggalkan riwayat beliau. Al-Bukhari berkata: "Munkar al-Hadith".
Ketiga: Musa bin Abi Habib seorang yang dha’if. Abu Hatim telah menilainya sebagai dha’if.
Keempat : al-Zahabi berkata (4/202): "Riwayat beliau iaitu Musa tersebut daripada al-Hakam bin ‘Umair, iaitu seorang lelaki yang dikatakan pernah bersahabat dengan Rasulullah SAW. Saya berpandangan bahawa Musa tidak pernah bertemu al-Hakam. Musa bukan sekadar seorang yang dha’if, bahkan seorang perawi yang hidup lewat (mutaakhir) untuk bertemu sahabat yang besar. Saya hanya mengetahui riwayat beliau daripada ‘Ali bin al-Husain". Hadith ini turut dimuatkan oleh Ibn Kathir dalam Tafsir beliau (1/38), namun beliau tidak memberikan apa-apa komentar.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs