Apabila kamu bangun daripada tidur, maka ucaplah: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan pada kami roh-roh kami selepas kami mati

TEKS BAHASA ARAB

إذا قام أحدكم من منامه؛ فليقل: الحمد لله الذي رد فينا أرواحنا بعد إذ كنا أمواتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka ucaplah: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan pada kami ruh-ruh kami selepas kami mati.

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1572, hadis nombor 7957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا)
عن أبي جحيفة-رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إذا قام أحدكم من منامه؛ فليقل: الحمد لله الذي رد فينا أرواحنا بعد إذ كنا أمواتا)). [عق، طب، ((الضعيفة)) (6994)].

(Sangat munkar)

Daripada Abu Juhaifah RA, beliau berkata bahawa baginda SAW bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka ucaplah: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan pada kami ruh-ruh kami selepas kami mati. [Riwayat al-Uqaili dalam Kitab al-Dhu’afa dan al-Tabarani dalam Kitab al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6994].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs