Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ؛ فَلْيَقُلِ: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي رَدَّ فِيْنَا أَرْوَاحَنَا بَعْدَ إِذْ كُنَّا أَمْوَاتًا.
Teks Bahasa Melayu
Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka ucaplah: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan pada kami ruh-ruh kami selepas kami mati.
Sahabat Perawi
- Abu Juhaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1572, hadis no. 7957. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي جحيفة-رضي الله عنه-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إذا قام أحدكم من منامه؛ فليقل: الحمد لله الذي رد فينا أرواحنا بعد إذ كنا أمواتا)). [عق، طب، ((الضعيفة)) (6994)].
(Sangat munkar) Daripada Abu Juhaifah RA, beliau berkata bahawa baginda SAW bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka ucaplah: Segala puji bagi Allah yang telah mengembalikan pada kami ruh-ruh kami selepas kami mati. [Riwayat al-Uqaili dalam Kitab al-Dhu’afa dan al-Tabarani dalam Kitab al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6994].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman