Apabila kalian tidak dikurniakan isteri dan anak, maka hendaklah kalian berjihad

TEKS BAHASA ARAB

إذا حرم أحدكم الزوجة والولد؛ فعليه بالجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila kalian tidak dikurniakan isteri dan anak, maka hendaklah kalian berjihad.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 967, hadis nombor 4987. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن موسى بن محمد بن حاطب عن أبيه، قال، قال رسول الله ﷺ: ((إذا حرم أحدكم الزوجة والولد، فعليه الجهاد)).
[طب، ((الضعيفة)) 6986].

(Lemah)
Daripada Musa bin Muhammad bin Hatib daripada ayahnya berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila kalian tidak dikurniakan isteri dan anak, maka hendaklah kalian berjihad.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 6986].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs