Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا دَفَنْتُمُونِي، وَرَشَشْتُمْ عَلَى قَبْرِي الْمَاءِ؛ فَقُومُوا عَلَى قَبْرِي، وَاسْتَقْبَلُوا الْقِبْلَةَ، وَادْعُوا لِي.
Teks Bahasa Melayu
Apabila kalian telah mengebumikanku dan menyiram air ke atas kuburku, maka kalian berdirilah atas kuburku, kalian menghadaplah kiblat dan berdoalah untukku
Sahabat Perawi
- al-Hakam bin al-Harith al-Sulami
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1769, hadis no. 8904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن الحكم بن الحارث السلمي أنه غزا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث غزوات، قال: قال لنا: ((إذا دفنتموني، ورششتم على قبري الماء؛ فقوموا على قبري، واستقبلوا القبلة، وادعوا لي)). [طب، ((الضعيفة)) (6649)].
(Munkar) Daripada al-Hakam bin al-Harith al-Sulami: Sesungguhnya beliau berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak tiga peperangan. Beliau berkata: Baginda berkata pada kami: ((Apabila kalian telah mengebumikanku dan menyiram air ke atas kuburku, maka kalian berdirilah atas kuburku, kalian menghadaplah kiblat dan berdoalah untukku.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6649].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman